Wanita kantoi curi beg di hospital

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang wanita ditahan dipercayai mencuri beg dan barangan milik orang awam di Hospital Tanah Merah di sini Jumaat lalu.

Bagaimanapun tindakan suspek berusia 30-an berjaya di kesan dan ditahan pengawal keselamatan.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian dan wanita itu telah ditahan dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

"Suspek akan dituduh di mahkamah di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

"Hasil semakan, suspek juga mempunyai beberapa rekod lampau berhubung kes penagihan dan pengedaran dadah.

"Kita ucapkan terima kasih atas maklumat orang awam dan kerjasama masyarakat dalam usaha mengekang jenayah amat dialu-alukan,"katanya.

Artikel Berkaitan: