Waris guru maut kemalangan terima faedah Perkeso

Andrew (tiga dari kanan) bersama waris iaitu Cheong Fah (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan cek Perkeso di SM Foon Yew hari ini.
Andrew (tiga dari kanan) bersama waris iaitu Cheong Fah (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan cek Perkeso di SM Foon Yew hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bahagian Johor Bahru menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 kepada waris seorang guru yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 11 Ogos lalu.

Lee Cheong Fah, 64, turut menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berbentuk pencen bulanan sebanyak 90 peratus daripada purata gaji bulanan iaitu RM2,133 setiap bulan sepanjang hayat.

Mendiang isterinya, Tan Cheng Ho yang juga guru mata pelajaran kewangan di Sekolah Menengah (SM) Foon Yew di sini, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menyertai kejohanan sukan sekolah di Pusat Sukan Ayer Keroh, Melaka.

Mangsa yang menaiki kereta maut selepas berlanggar dengan sebuah bas pelancong di lampu isyarat simpang empat Pekan Ayer Hitam, Johor.

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, bantuan itu adalah sebahagian faedah yang diperoleh waris sekiranya caruman dibuat oleh mereka yang bekerja.

"Diharapkan dengan pencen yang diterima dapat bantu keluarga Cheong Fah bina kehidupan seterusnya membolehkan anak-anaknya menikmati kebajikan yang selayaknya daripada Perkeso.

"Dengan adanya Unit Skuad Perkeso Prihatin juga mempermudah dan mempercepatkan urusan pengagihan kepada waris," katanya pada majlis penyerahan cek FPM dan FOT di SM Foon Yew di sini hari ini.

Penyampaian cek itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng.

Artikel Berkaitan: