RM500,000 bangun lima PAWE baharu di Kedah

Norzieta (tengah) bersama Exco Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad (kiri) dan Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Bedong, Datuk Rokiah Hashim (kanan) melawat penghuni di asrama perempuan semalam.
Norzieta (tengah) bersama Exco Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad (kiri) dan Pengerusi Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Bedong, Datuk Rokiah Hashim (kanan) melawat penghuni di asrama perempuan semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kedah akan mewujudkan lima lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu menjadikannya 11 PAWE membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000 dalam memberi kemudahan kepada golongan warga emas.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan (Kasih) Kedah, Tok Puan Norzieta Zakaria berkata, kewujudan itu sudah tentu memberi manfaat dalam melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan program sejajar keprihatinan terhadap kebajikan serta kesejahteraan hidup warga emas.

Menurutnya, negeri jelapang padi itu telah mempunyai enam PAWE sedia ada iaitu Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar dan Bandar Baru.

"Bagi tahun 2019, sebanyak lima PAWE diluluskan dengan peruntukan RM500,000 di mana pembahagian setiap satu diberikan RM100,000.

"Antaranya adalah di Kubang Pasu, Kota Setar, Baling, Sik dan Yan," katanya ketika merasmikan Program Semaian Kasih Komuniti Penghuni Rumah Seri Kenangan Bedong semalam.

Norzieta berkata, warga emas merupakan aset yang amat penting kepada negara kerana memiliki ilmu, pengalaman dan kepakaran yang sukar dicari ganti.

"Usia emas bukanlah noktah bagi mereka untuk menyumbang tenaga mahupun bagi kita memanfaatkan golongan sedemikian," katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, sebanyak RM2.395 juta diperuntukkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah melaksanakan Bantuan Orang Tua dengan kadar RM350 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis sama, Norzieta turut mengadakan lawatan ke asrama bagi menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Bedong.