Arsenal mampu saingi Manchester City, Liverpool

Wenger menasihatkan United dan Chelsea supaya membeli pemain pada jendela perpindahan akan datang untuk memperkuatkan pasukan.
Wenger menasihatkan United dan Chelsea supaya membeli pemain pada jendela perpindahan akan datang untuk memperkuatkan pasukan.
A
A
A

ARSENAL mampu menyaingi Manchester City dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan The Gunners mampu mencipta kejutan walaupun kurang konsisten dalam empat perlawanan awal liga.

Malah, Wenger turut menyatakan Manchester United dan Chelsea antara pasukan yang akan gagal memberikan impak dalam saingan EPL kali ini.

“Mungkin pasukan yang berpotensi untuk bersaing adalah Arsenal. Bagi saya, Chelsea kurang bersedia dengan barisan pemainnya yang muda dan tidak cukup matang. United juga masih belum mampu menyelesaikan masalah yang wujud dalam pasukan sejak musim lepas yang akhirnya akan beri kesan kepada pasukan.

“City memiliki keupayaan teknik yang amat tinggi di mana mereka selalu bijak mencipta peluang. Liverpool pula sempurna di posisi serangan dan pertahanan. Mereka juga memiliki pemain tengah yang tahu ‘buat kerja’,” katanya.

Menurutnya, walaupun Arsenal tidak sempurna di semua bahagian, tetapi masih mampu menghadirkan tentangan sengit kepada pasukan di kedudukan teratas liga.

The Citizens dan Liverpool menjadi dua daripada tiga pasukan yang belum tewas dalam empat perlawanan pertama liga.

The Reds ketika ini menguasai takhta liga dengan 12 mata diikuti City (10 mata).

Artikel Berkaitan:

Arsenal pula berada di kedudukan kelima dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kalah.