Davies akui UAE bukan lawan biasa-biasa

Davies (empat dari kiri) ketika menjalani sesi latihan hari ini.
Davies (empat dari kiri) ketika menjalani sesi latihan hari ini.
A
A
A

PERTAHANAN kanan Harimau Malaya, Matthews Davies mengakui berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bukanlah tugas mudah, namun tetap mengharapkan satu mata mampu diraih pada aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Masih mengingati kenangan bersama skuad kebangsaan pada 2015 ketika dibelasah lawan 10-0, namun tonggak utama skuad Pahang itu mengakui skuad kebangsaan ketika ini jauh lebih berbeza.

“Saya masih ingat, ia perlawanan antarabangsa pertama saya, saya duduk di bangku simpanan dan hanya melihat perlawanan. Ia jelas satu kekecewaan kepada keseluruhan pasukan tetapi kini kami satu pasukan baharu, muka baharu dan saya rasa, ia memberikan banyak tenaga dan keyakinan kepada pasukan.

“Saya rasa kita perlu optimistik dan positif, jelas sekali ranking amat jauh, tetapi kami adalah satu pasukan yang bagus, kami perlu yakin dengan keupayaan kami dan pastikan tugas terlaksana, berbanding bermain dalam ketakutan,” katanya ketika ditemui pada seisi latihan skuad Harimau Malaya hari ini.

Davies turut mengharapkan momen terburuk tersebut tidak berulang ketika pertemuan menentang UAE pada Selasa ini bagi aksi kedua kumpulan itu.

Malah, beliau turut melahirkan keyakinan tinggi skuad Harimau Malaya yang terdiri daripada pemain muda berbakat dan pemain berpengalaman ketika ini berupaya memberikan saingan sengit kepada skuad kendalian bekas jurulatih kebangsaan Belanda, Bert van Marwijk.

“Saya yakin ketua jurulatih (Tan Cheng Hoe) pastinya sudah mencongak strategi dan taktikal bersesuaian sebagai persiapan untuk menentang UAE yang turut diperkuatkan dengan kehadiran pemain bintang, Omar Abdulrahman.

“Kami akan turun ke padang untuk mencatat kemenangan di hadapan penyokong sendiri,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: