Aksi Superman di lebuh raya

Aksi Superman oleh penunggang basikal lajak dirakam di Lekas.
Aksi Superman oleh penunggang basikal lajak dirakam di Lekas.
A
A
A

SEREMBAN - Sekumpulan kanak-kanak dan remaja menaiki basikal lajak sambil melakukan aksi berbahaya ala Superman dirakam di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), semalam.

Video berdurasi 50 saat itu dirakam seorang wanita yang menggunakan lebuh raya berkenaan sebelum dimuat naik di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan peranan ibu bapa mereka.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita itu dilihat terpaksa memperlahankan kenderaannya ketika melintasi kumpulan terbabit kerana bimbang keselamatan mereka.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu berlaku semalam.

Tular video sekumpulan remaja dan kanak-kanak menungang basikal lajak secara berbahaya di Lekas.
Tular video sekumpulan remaja dan kanak-kanak menungang basikal lajak secara berbahaya di Lekas.

Menurutnya, kumpulan terbabit boleh diambil tindakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959(LN166/59) dan boleh dikenakan denda maksima sehingga RM2,000.

"Sekiranya masih lagi di bawah umur, ibu bapa mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian penjagaan kanak kanak, di mana boleh didenda sebanyak RM20,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun.

"Ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang merbahaya seperti ini, " katanya.

Artikel Berkaitan: