Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

Pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur terjejas akibat jerebu. - Foto Bernama
Pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur terjejas akibat jerebu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat manakala tujuh lagi mencatatkan IPU tidak sihat sehingga jam 2 petang hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) milik Jabatan Alam Sekitar, tiga kawasan dengan bacaan IPU sangat tidak sihat ialah Kuching (249), Sri Aman (248) dan Samarahan (201).

Pengusaha perahu tambang, Jeni Boh, 54, mengayuh perahunya di Sungai Sarawak berhampiran Tebingan Sungai Kuching di Kuching, Sarawak untuk mengambil penumpang. - Foto Bernama
Pengusaha perahu tambang, Jeni Boh, 54, mengayuh perahunya di Sungai Sarawak berhampiran Tebingan Sungai Kuching di Kuching, Sarawak untuk mengambil penumpang. - Foto Bernama

IPU di Kuching dilihat meningkat sejak jam 6 pagi tadi sehingga jam 2 petang, manakala Samarahan kekal sejak jam 1 petang tadi dan bacaan IPU Sri Aman meningkat dari jam 9 pagi hari ini.

Pemandangan di perairan kampung air Patau-patau Dua di Labuan kelihatan berjerebu. - Foto Bernama
Pemandangan di perairan kampung air Patau-patau Dua di Labuan kelihatan berjerebu. - Foto Bernama

Manakala tujuh kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat ialah Cheras (102), Putrajaya (103), Nilai (107), ILP Miri (117), Sibu (136), Sarikei (166) dan Johan Setia Klang (148).

APIMS turut melaporkan 58 kawasan berada pada tahap sederhana hari ini, antaranya Besut (51), Kota Bharu (55), Kulim Hi-Tech (59), Seberang Perai (61), Keningau dan Tawau (54).

Artikel Berkaitan:

Kuching, Samarahan dan Sri Aman mencatatkan IPU sangat tidak sihat sehingga jam 2 petang hari ini.
Kuching, Samarahan dan Sri Aman mencatatkan IPU sangat tidak sihat sehingga jam 2 petang hari ini.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk bacaan IPU semasa.