37 pendaki Gunung Liang berjaya diselamatkan

Anggota bomba menggunakan laluan trek untuk mendapatkan kesemua pendaki yang terkandas di seberang sungai di Behrang semalam.
Anggota bomba menggunakan laluan trek untuk mendapatkan kesemua pendaki yang terkandas di seberang sungai di Behrang semalam.
A
A
A

BEHRANG - Seramai 37 pendaki Gunung Liang yang dilaporkan terkandas di Tumang Batak, Sungai Dara, di sini, akhirnya berjaya diselamatkan dalam operasi yang berakhir kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, kesemua pendaki telah terkandas akibat arus deras sungai selepas hujan di kawasan itu lewat petang semalam.

Operasi menyelamat itu membabitkan 44 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perhutanan Perak.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.15 petang apabila kesemua mereka tidak dapat menyeberangi sungai itu ketika turun dari gunung terbabit.

“Kesemua pendaki berasal dari Cheras, Seri Kembangan, Kuala Pilah dan Sungai Siput.

“Setelah enam jam operasi berlangsung, akhirnya mereka berjaya diselamatkan,” katanya.

Rawatan awal diberikan kepada pendaki yang mengalami kecederaan ketika turun gunung itu semalam.
Rawatan awal diberikan kepada pendaki yang mengalami kecederaan ketika turun gunung itu semalam.

Gunung Liang setinggi 1,933 meter dari aras laut sering menjadi tumpuan pendaki di hujung minggu untuk menakluki puncak berkembar gunung tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Jurucakap JBPM Negeri berkata, pasukannya menggunakan tali dan jaket keselamatan bagi membolehkan kesemua pendaki menyeberangi sungai tersebut.

“Operasi dijalankan apabila arus mulai surut dan setelah kesemua pendaki tiba di kaki bukit, mereka yang cedera dibawa mendapatkan rawatan awal,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 29 pendaki Gunung Liang terkandas