X

Kindly register in order to view this article
!

Omar terima kejutan daripada Sumareh

Omar menerima dua tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini yang diberikan oleh pemain Harimau Malaya. Foto: FAM
A
A

ADIK Omar Saiful Razman, 8, yang menangis kegembiraan selepas Mohamadou Sumareh menjaringkan gol kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis lalu, menerima kejutan hari ini.

Melalui perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia hari ini, Sumareh yang turut disertai kepten Harimau Malaya, Farizal Marlias serta pemain, Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad membuat kejutan bertemu dengan Omar.

Melalui perkongsian gambar itu, Omar ternyata kelihatan teruja bertemu dengan pemain Harimau Malaya dan menerima sehelai jersi Harimau Malaya pemberian khas daripada Sumareh yang turut ditandatangani oleh beliau.

Selain itu, Omar turut menerima tiket menyaksikan perlawanan menentang UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Sumareh menghadiahkan jersi berserta tandatangannya kepada Omar. Foto: FAM
Sumareh menghadiahkan jersi berserta tandatangannya kepada Omar. Foto: FAM

Omar yang merupakan anak kepada pelakon Nadiya Nissa mendapat perhatian netizen selepas aktres itu berkongsi video kegembiraan anaknya meraikan jaringan kemenangan Sumareh.

Melalui video itu, Omar bersorak dan menitiskan air mata kegembiraan selepas Sumareh menjaringkan gol ketiga buat Malaysia pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Omar turut diajar oleh ibunya menyebut 'Alhamdulillah' bagi memanjatkan rasa syukur di atas kemenangan terhadap Indonesia.

Melalui perkongsian Nadiya, pelakon drama Adam dan Hawa itu turut memaklumkan bahawa Omar dipilih sebagai pengiring pemain skuad Harimau Malaya pada aksi kedua menentang UAE.