Kit Siang cabar belia perangi berita palsu

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar belia Malaysia supaya menerajui kempen secara besar-besaran di peringkat kebangsaan bagi membersihkan sosial media Malaysia dengan memerangi berita palsu dan ucapan berunsur kebencian yang cuba menghasut bagi menimbulkan keraguan, kebimbangan dan kebencian antara kaum dan agama.

Kit Siang, yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, belia hari ini yang berumur 16 hingga 25 tahun juga perlu membuktikan bahawa Malaysia adalah contoh cemerlang Pakatan Ketamadunan dan bukan contoh kegagalan daripada Pertembungan Ketamadunan.

Jika berita palsu dan ucapan kebencian dibiar menghasut bagi menimbulkan salah faham antara kaum, agama dan keruntuhan toleransi serta keharmonian antara kaum dan agama tidak dibendung, satu-satunya kesan dapat dilihat kelak hanyalah semua rakyat Malaysia berbilang kaum, pelbagai bahasa, pelbagai agama dan pelbagai kebudayaan menjadi kumpulan orang tewas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak sanggup jadi 'penulis upahan' buat berita palsu: TPM

Lim berkata, ini bukanlah masa hadapan yang diminta rakyat Malaysia sebaliknya satu formula menang-menang menerusi Pakatan Ketamadunan kerana Malaysia adalah pertemuan empat ketamadunan agung dunia iaitu Melayu atau Islam, Cina, India dan Barat.

"Rakyat Malaysia hendaklah manfaatkan nilai-nilai baik dan murni daripada keempat-empat ketamadunan ini daripada menjadi sebuah negara yang gagal, penyangak dan kleptokrasi akibat Pertembungan Ketamadunan di Malaysia,” katanya.

Sejak kebelakangan ini kelihatan seperti ada peningkatan sentimen perkauman dan keagamaan di negara ini dan ia diburukkan lagi dengan kehadiran pihak yang tidak bertanggungjawab, opotunis dan penjaja berita palsu. - Bernama

Artikel Berkaitan: