Polis tetap cari Farhash walau pengadu tarik laporan

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis tetap mahu Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membantu siasatan kes rusuhan di Arena All Stars, Ampang, 31 Ogos lalu walaupun mangsa menarik balik laporan yang dibuat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, ini kerana polis tetap akan mengambil kenyataan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, 37, yang juga Pengerusi PKR Perak untuk direkodkan.

"Kita masih cari Farhash untuk kita rekod percakapannya sebelum kertas siasatan dihantar ke pihak timbalan pendakwa raya untuk keputusan sama ada kes tersebut tiada tindakan lanjut (NFA) atau sebaliknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.

Farhash sebelum ini diminta tampil segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan kes menyerang seorang jurulatih tinju di kompleks sukan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sehingga kini lima tangkapan berusia antara 22 hingga 38 tahun telah dibuat termasuk pengadu.

Fadzil turut mengesahkan pengadu kes tersebut telah membuat laporan polis untuk menarik semula laporan dan kes berkenaan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rusuhan babitkan Farhash, pengadu tarik balik laporan polis

Artikel Berkaitan: