Khuatir jejas usaha dakwah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Usaha memboikot produk bukan bumiputera secara besar-besaran termasuk kempen Buy Muslim First (BMF) yang dilakukan secara terbuka dikhuatiri menyukarkan usaha dakwah kepada golongan bukan Islam.

Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Terengganu, Datin Norhana Ng Abdullah berkata, beliau secara peribadi menganggap usaha itu akan mewujudkan jurang terhadap hubungan antara Islam dan bukan Islam.

“Perkataan boikot itu sendiri membawa maksud agak keras, dikhuatiri akan mewujudkan sentimen dan prejudis yang kuat kerana bukan Islam juga sebagai jiran kita dan mempunyai hak mereka. Apabila hubungan terjejas, kerja dakwah juga akan terjejas.

“Apa yang tular mengenai boikot produk bukan bumiputera kini dilihat begitu hebat. Kita bimbang jika kempen ini diteruskan secara terbuka, ia akan mencetuskan isu perkauman,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Medan Selera Mualaf di sini semalam.

Norhana berkata, situasi itu juga dikhuatiri akan menyukarkan usaha bagi mempromosikan masyarakat majmuk yang harmoni di negara ini.

Artikel Berkaitan: