Pandang positif kempen sokong produk Melayu

Ahmad Yazid
Ahmad Yazid
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang kempen yang menyokong produk keluaran peniaga Melayu perlu dilihat dari sudut positif.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, kempen tersebut perlu disokong dan diperhebatkan agar dapat memberi keuntungan kepada peniaga Melayu.

"Saya menyokong usaha ini malah bagi saya ia perlu diperhebatkan dan tidak perlu dinegatifkan sebab realitinya sekarang kita berbelanja 50 hingga 60 peratus produk bukan Melayu.

"Tapi kalau kita utamakan barangan keluaran peniaga Melayu, insya-ALLAH yang lain pun dapat laba," katanya.

Jelasnya, disebabkan modal dan pengedaran bukan dikuasai peniaga Melayu, jadi ia tidak akan memberi kesan yang luar biasa.

"Disebabkan modal dan pengedaran tidak dikuasai peniaga Melayu, kita perlu mengembangkannya.

"Mereka (peniaga bukan Melayu) yang menguasai modal dan pengedaran masih ada kelebihan, jadi tidak perlu risau kempen menyokong produk Bumiputera Muslim ini memberi kesan luar biasa," katanya.

Artikel Berkaitan: