Pendakwah simbol penyatuan ummah, kaum

Mohd Rafiq ketika sidang akhbar malam ini.
Mohd Rafiq ketika sidang akhbar malam ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pendakwah Islam sama ada antarabangsa mahupun tempatan bukanlah penyebab kepada keretakan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka yang juga Pengerusi Masjid Cina Krubong, Mohd Rafiq Naizamohideen menegaskan kehadiran pendakwah tidak seharusnya ditentang dan dikecam dan mereka yang beragama Islam ini layak untuk bersolat di mana-mana sahaja lokasi mahupun masjid di negara ini.

Menurutnya, sikap segelintir pihak yang menentang tidak patut berlaku sedangkan ia adalah program yang bertujuan untuk penyatuan ummah dan ini terbukti apabila masyarakat termasuk pemimpin berlainan ideologi politik turut serta dan demi perpaduan dalam kalangan umat Islam.

"Ada kehadiran pemimpin Pas dan UMNO pada program ini dan ia bukan gabungan politik baharu dan tiada hubung kait dengan politik, ini bukan masjid parti Bersatu, tapi masjid semua umat Islam tidak kira apa jua parti politik dan bila di masjid kita letak luar baju parti.

"Bila kita cerita tentang Islam kita tidak pandang dia (pendakwah) warganegara atau bukan warganegara, ini penyatuan Islam tidak seharusnya juga dilihat secara negatif hingga menjadi ancaman kepada pemimpin bukan Islam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Program 'Malam Islam Bersatu' berjalan lancar

Mohd Rafiq berkata pada sidang akhbar sejurus selesai solat Isyak yang diimamkan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik di Masjid Cina Krubong, di sini malam ini.

Pada program Malam Islam Bersatu anjuran masjid berkenaan dianggarkan kira-kira 5,000 yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Artikel Berkaitan: