Wanita maut diserang buaya ketika cuci kain

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAWAU - Seorang wanita ditemui maut di kawasan sungai di Kampung Tuda, Kalabakan dekat sini, petang tadi, dipercayai diserang buaya berikutan kesan gigitan reptilia itu di bahagian badan mangsa.

Mayat mangsa, Nur Fatimah Salleh, 33, ditemui penduduk kampung pada 3.25 petang, yang mencarinya sejak 11 pagi selepas wanita itu hilang ketika mencuci kain, di sungai kampung itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata Balai Polis Kalabakan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.10 pagi tadi.

"Sebaik menerima laporan itu sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Peter berkata turut berada di lokasi untuk misi mencari dan menyelamat termasuk anggota Bomba Sukarela Kalabakan.

"Mayat mangsa yang ditemui di hantar ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: