Wanita rugi RM12,000 ditipu lelaki warga Amerika

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berputih mata apabila kerugian RM12,000 selepas diperdaya lelaki yang kononnya berminat untuk membeli koleksi syiling lama milik mangsa baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa berusia 22 tahun itu diperdaya seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat melalui media sosial sebelum membuat laporan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek menghubungi mangsa dan menyatakan minat untuk membeli koleksi syiling lama tersebut.

“Mangsa kemudian diminta membuat sejumlah bayaran bagi mengaktifkan transaksi pemindahan wang menggunakan mata wang Amerika Syarikat.

“Suspek juga memberitahu wang itu akan dikembalikan selepas transaksi mengubah mata wang USD berjaya diaktifkan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mangsa berasa ditipu setelah beberapa transaksi melalui online banking dibuat berjumlah kira-kira RM12,000.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: