Remaja mati lemas jatuh parit

Mayat mangsa diusung anggota bomba.
Mayat mangsa diusung anggota bomba.
A
A
A

KULIM - Seorang remaja berusia 13 tahun ditemui lemas dipercayai akibat terjatuh dalam parit berhampiran Masjid Kilang Lama, di sini hari ini.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.33 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Bomba dengan kekuatan tujuh anggota tiba ke lokasi pada 11.41 pagi. Setibanya di situ, didapati mangsa telah terjatuh ke dalam parit.

"Mangsa dikenali Mohd Firdaus Mat Zaki sebelum itu dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama keluarga," katanya.

Menurutnya, tiga anggota membuat pencarian menyusuri sungai dan mangsa berjaya ditemui pada jam 11.55 pagi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: