Farhash masih gagal dikesan

Farhash Wafa Salvador
Farhash Wafa Salvador
A
A
A

SHAH ALAM - Individu utama dalam kes merusuh di Arena All Stars, Ampang pada malam Sabtu lalu yang dikenali sebagai Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, 37, yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal dikesan.

Sehubungan itu, pihak polis mengarahkan Farhash untuk tampil segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan kes menyerang seorang jurulatih tinju di kompleks sukan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sehingga kini lima tangkapan berusia antara 22 hingga 38 tahun telah dibuat termasuk pengadu.

Menurutnya, kesemuanya bekerja dalam bidang kejurulatihan Muay Thai dan mereka ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Seramai empat suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan seorang suspek akan diserahkan kepada IPD Cheras kerana dikehendaki dalam berkaitan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Fadzil turut mengesahkan pengadu kes tersebut telah membuat laporan polis untuk menarik semula laporan yang dibuatnya.

"Kes akan dirujuk kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: