Warga emas maut langgar lori balak

Mangsa tersepit selepas kereta dipandu melanggar lori balak, semalam.
Mangsa tersepit selepas kereta dipandu melanggar lori balak, semalam.
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki berusia 84 tahun maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya melanggar lori balak yang sedang keluar dari simpang Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perah di Kilometer 2.8 Jalan Gerik - Jeli di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Ismail Lebai Senik yang tinggal di Simpang Empat, Bandariang di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa tersepit selepas kereta dipandu melanggar lori balak, semalam.
Mangsa tersepit selepas kereta dipandu melanggar lori balak, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca selepas lori balak berkenaan keluar dari simpang terbabit.

“Berdasarkan keterangan, lori yang dipandu lelaki berusia 44 tahun dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan ke Butterworth, Pulau Pinang berhenti di R&R kira-kira jam 8.30 malam.

“Lebih kurang jam 9.14 malam ketika keluar simpang dengan membelok ke kanan menghala ke Gerik, Perodua Kancil yang dipandu mangsa dari arah Gerik melanggar bahagian tengah kenderaan berat itu,” katanya.

Mangsa tersepit selepas kereta dipandu melanggar lori balak, semalam.
Mangsa tersepit selepas kereta dipandu melanggar lori balak, semalam.

Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Gerik.

Artikel Berkaitan:

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di kepala.

“Pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.