Harmonikan ekonomi negara sokong produk buatan Malaysia

Antara produk buatan Malaysia. Gambar kecil:Asmirul Anuar Aris
Antara produk buatan Malaysia. Gambar kecil:Asmirul Anuar Aris
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Jangan disebabkan oleh sikap segelintir orang bukan Melayu membangkitkan isu sensitif, semua kaum bukan Melayu mendapat tempiasnya sehingga mampu menjejaskan ekonomi dan keharmonian negara.

Bekas Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, rakyat perlu mengharmonikan ekonomi negara dengan menyokong membeli produk buatan Malaysia dan bukannya dengan tindakan meminggirkan membeli barangan keluaran bukan Melayu ataupun bukan Islam.

Menurutnya, semua kaum lain di negara ini mahu terus hidup harmoni dan membantu di antara satu sama lain bagi membantu perkembangan ekonomi negara.

"Ramai pekerja Melayu yang bekerja di syarikat milik bukan Melayu dan sepatutnya semua kaum perlu membantu dan menyokong usaha di antara satu sama lain.

"Apabila kita bekerjasama, kita membina ekonomi kaum Melayu, Cina dan India secara bersama.

"Itu yang kita mahu kerana ia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam usaha menarik pelabur asing untuk melabur ke negara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Asmirul yang juga Exco Kedah berkata, perkembangan yang tidak sihat itu sebenarnya mampu memberi kesan kepada pelabur asing yang akan berfikir panjang sebelum melabur disebabkan situasi yang berlaku hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Jemaah Menteri yang bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri selepas dicapai di dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.