Kesan pukul, terbakar pada mayat

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Azmir
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Azmir
A
A
A

PASIR PUTEH - Mayat lelaki yang ditemui di sungai di Kampung Puyu, Semerak Rabu lalu mempunyai kesan terbakar dan dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, hasil siasatan mendapati mangsa lelaki berusia 20an itu dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak ke dalam sungai berkenaan.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan mayat sudah dituntut keluarga dari Jerteh, Terengganu selepas membuat pengecaman.

"Kita tidak menemui sebarang senjata di lokasi mayat ditemui. Kita percaya mangsa meninggal dunia kira-kira 48 jam daripada waktu mayatnya dijumpai.

"Kes disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih mengesan suspek," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta untuk tampil membantu siasatan polis.

Artikel Berkaitan: