Pekin terima rezeki dengan rela hati

A
A

MESKIPUN sibuk dengan karier seni sebagai seorang pelakon dan pengarah, namun pelakon Pekin Ibrahim tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Namun kata Pekin, dia dan isteri yang juga merupakan seorang pelakon, Mona Allen, tidak terburu-buru untuk menimang zuriat kerana mahu menjana pendapatan terlebih dahulu demi ekonomi famili dikemudian hari.

"Rilek dulu masih awal lagi, insya-ALLAH ada rezeki kami terima sahaja.

"Selepas berkahwin memang kami ada rancang, tetapi fikir juga untuk jangka masa panjang ekonomi untuk famili bertiga nanti.

"Sekarang pun kami berdua sibuk dengan urusan kerja, apatah lagi nak berehat panjang," katanya kepada Sinar Harian.

Pekin, 37, ditemui ketika tayangan filem Suatu Ketika di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai bulan madu, Pekin berkata, mereka hanya sempat meluangkan masa sekejap sahaja di Thailand.

"Tak sempat nak berbulan madu ke luar negara pun, paling dekat setakat pergi ke Krabi sahaja, dia pun masih dalam penggambaran tak habis lagi," rungutnya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan lain, Pekin baru sahaja habis penggambaran bersama Mona dalam filem Rumah Cikgu Salina dan filem arahan Namrom.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia