Syed Saddiq, penyokong Malaysia jadi mangsa provokasi

Pemain Kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad (tengah) diasak pasukan Indonesia pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. - Foto BERNAMA
Pemain Kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad (tengah) diasak pasukan Indonesia pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta. - Foto BERNAMA
A
A
A

SHAH ALAM - Penyokong pasukan Malaysia termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berdepan detik cemas apabila dilempar dengan objek besi, botol dan suar di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Syed Saddiq menerusi akaun Twitter berkata, terdapat beberapa penyokong Indonesia cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia sehingga perlawanan terpaksa dihentikan.

"Sebentar tadi saya bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno. Objek besi,botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali.

"Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika," katanya

Dalam aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden tersebut.

"Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.

"Gangsterisme tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Muar berusia 27 tahun itu berkata, beliau bersama penyokong Malaysia terpaksa ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan reda.

"Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bola sepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan.

"Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia," katanya.