X

Kindly register in order to view this article
!

Peraduan Wayang HibSinar – Quiet Comes The Dawn

A
A

Quiet Comes The Dawn

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Pavel Sidorov

Pelakon: Oksana Akinshina, Oleg Vasilkov, Anna Slyu, Alexandra Drozdova

Genre: Seram/thriller

Klasifikasi: 18

Tayangan: 12 September 2019

Edaran: GSC Movies

SELEPAS mengalami pengalaman seram bersama badut Pennywise dalam IT Chapter Two, sebuah lagi filem seram bakal menghantui penonton di pawagam berdekatan.

Quiet Comes The Dawn, sebuah filem terbitan Rusia yang tampil dengan sebuah kisah misteri yang sukar untuk dirungkai.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis sering bermimpi buruk selepas kematian misteri adiknya, sehingga dia dimasukkan ke sebuah institut penyelidikan somnologi.

Di situ, dia bersama para pesakit lain ditidurkan dan dibuai mimpi bersama. Namun perkara yang lebih menakutkan daripada mimpi buruk berlaku apabila mereka bangun selepas waktu subuh.

Apakah yang sebenarnya berlaku? Berjayakah kematain misteri adiknya dapat dibongkar? Jawapannya hanya dengan menonton filem Quiet Comes The Dawn di pawagam yang berdekatan mulai 12 September 2019.

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Quiet Comes The Dawn – Wayang HibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Quiet Comes The Dawn kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: [email protected] (tarikh tutup: 8 September 2019).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 10 September 2019 (Selasa)

Masa: 8.30 Malam

Lokasi: GSC 1Utama

(Terima kasih: GSC Movies )

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf