Tekong darat dicekup seludup warga Indonesia

Seramai 22 warga Indonesia ditemui sedang berkumpul di kawasan belukar di sebuah ladang Pulau Carey, Telong Panglima Garang semalam.
Seramai 22 warga Indonesia ditemui sedang berkumpul di kawasan belukar di sebuah ladang Pulau Carey, Telong Panglima Garang semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kegiatan sindiket penyeludupan migran yang didalangi dua tekong darat tumpas dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit, Pulau Carey, Telok Panglima Garang di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 5 pagi.

Menurutnya, dua lelaki membabitkan warga tempatan dan Indonesia dipercayai berperanan sebagai tekong darat telah ditahan ketika sedang menaiki sebuah motosikal.

"Soal siasat terhadap kedua-dua suspek telah membawa serbuan di kawasan belukar berhampiran di ladang tersebut dan menemui 22 warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 28 tahun yang sedang berkumpul," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Seramai 22 warga Indonesia ditemui sedang berkumpul di kawasan belukar di sebuah ladang Pulau Carey, Telong Panglima Garang semalam.
Seramai 22 warga Indonesia ditemui sedang berkumpul di kawasan belukar di sebuah ladang Pulau Carey, Telong Panglima Garang semalam.

Beliau berkata, sebuah kereta yang dipercayai digunakan bagi penghantaran migran tersebut ke sekitar Lembah Klang turut dirampas.

Tambahnya, siasatan mendapati kesemua warga Indonesia itu dipercayai baru mendarat di Malaysia dengan menaiki bot melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.