'Ini kali pertama dan terakhir'

Kedua-dua jenazah dikebumikan di Kampung Banggol Kiat Sik selepas Zohor hari ini. (Gambar kecil, Jamaluddin dan Rapidah maut digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 99.3 Lebuhraya Utara Selatan semalam.)
Kedua-dua jenazah dikebumikan di Kampung Banggol Kiat Sik selepas Zohor hari ini. (Gambar kecil, Jamaluddin dan Rapidah maut digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 99.3 Lebuhraya Utara Selatan semalam.)
A
A
A

SUNGAI PETANI - 'Ini kali pertama dan terakhir abang datang ke rumah saya,' kata adik kepada seorang mangsa kemalangan yang maut dalam kejadian langgar lari, semalam.

Kemalangan membabitkan Jamaludin Musa, 51, itu turut mengorbankan isterinya Rapidah Ahmad @ Abdullah, 46.

Latifi Musa, 42, berkata, abang dan isterinya bersama anak bongsu, Muhammad A'tiqullah, 9, terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal selepas keluar dari rumahnya di Bandar Perdana, Sungai Petani semalam.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang mangsa remuk selepas digilis sebuah lori yang datang dari arah yang sama ketika sampai di Kilometer 99.3 Lebuhraya berdekatan susur keluar Plaza Tol Sungai Petani.

Akibat kejadian, Jamaluddin dan Rapidah maut, manakala Muhammad A'tiqullah parah di kepala selain patah tangan kanan dan kiri.

"Arwah baru pertama kali singgah ke rumah saya dan tak sangka bila dapat panggilan pada jam 12.30 malam tadi mengatakan kedua-duanya meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, keluarga itu tinggal di Langgar, Alor Setar dan terlebih dahulu menziarahi sepupu mereka yang meninggal dunia di Pantai Prai sebelum singgah ke rumah anak kedua mangsa, Muhammad Taqiuddin, 21, di Bakar Arang, Sungai Petani.

"Selepas ke Bakar Arang, mereka terus ke rumah saya di Bandar Perdana dan sampai dalam pukul 6 sebelum bergerak pulang kira-kira jam 10.30 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahli keluarga mangsa hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani menziarahi jenazah.
Ahli keluarga mangsa hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani menziarahi jenazah.

Dalam pada itu, anak mangsa, Nura'fifatul Akmal, 17, berkata, sebelum kejadian, ayah dan ibunya sempat memberitahu bahawa kedua-duanya ingin menziarahi saudara meninggal.

"Sehari sebelum tu, ayah dan mama beritahu esok nak pi jauh sebab nak melawat sepupu meninggal namun sempat hantar saya dan adik, Nur FarhatulHusna,14, ke Maktab Mahmud Pokok Sena macam biasa," katanya.

Kedua-dua jenazah dikebumikan di Kampung Banggol Kiat, Sik selepas Zohor manakala Muhammad A'tiqullah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan berlaku lebih kurang jam 11.50 malam apabila motosikal yang ditunggang Jamaluddin dipercayai secara tiba-tiba mengubah laluan dari lorong susur kiri ke lorong kiri.

Kejadian itu menyebabkan lori yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu berlaku perlanggaran sekaligus menyebabkan suami isteri berkenaan digilis.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Polis masih mengesan pemandu lori yang disyaki terbabit dalam kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri maut, anak parah motosikal dirempuh lori