Jelajah Himpunan Penyatuan Ummah: 5,000 banjiri Dataran Sri Ketumbit

Suasana di himpunan terbabit yang berlangsung di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau malam tadi
Suasana di himpunan terbabit yang berlangsung di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau malam tadi
A
A
A

TEMERLOH - Kira-kira 5,000 orang membanjiri pekarangan Dataran Sri Ketumbit, Kerdau di sini sempena Jelajah Ceramah Umum Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-Pas malam tadi.

Sesi ceramah yang bermula jam kira-kira 10 malam itu dimulakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga bertindak sebagai pengerusi majlis tersebut.

Kemudian diikuti ucapan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diikuti Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai penutup tirai program terbabit.

Wan Rosdy(empat,kiri),Tuan Ibrahim (Lima,Kiri) ,Jamil(tiga,kiri) dan Syed Ibrahim (kanan) bersama barisan kepimpinan kedua-dua parti tersebut
Wan Rosdy(empat,kiri),Tuan Ibrahim (Lima,Kiri) ,Jamil(tiga,kiri) dan Syed Ibrahim (kanan) bersama barisan kepimpinan kedua-dua parti tersebut

Antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menegaskan kedua-dua parti itu akan terus bergerak ke hadapan dalam menjalinkan kerjasama berterusan demi penyatuan ummah.

Katanya, kemuncak kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu ialah iaitu pemeteraian piagam bersama antara UMNO dan Pas yang akan ditandatangani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September ini.

Program berakhir sebelum detik jam 12 tengah malam dan pekarangan yang diwarnai dengan tema putih menyaksikan orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama pemimpin-pemimpin yang hadir.

Artikel Berkaitan: