Indonesia hadkan pelawat asing ke Papua

Penduduk berdiri di luar bangunan kedai yang dibakar di Jayapura pada 30 Ogos lalu susulan protes besar-besaran baru-baru ini di Papua. - Foto AFP
Penduduk berdiri di luar bangunan kedai yang dibakar di Jayapura pada 30 Ogos lalu susulan protes besar-besaran baru-baru ini di Papua. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Indonesia dilaporkan mengenakan sekatan terhadap pelawat asing ke wilayah Papua yang bergolak selepas empat warga Australia dihantar pulang susulan dakwaan menyertai ptotes tuntut kemerdekaan.

Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto berkata, kerajaan akan menghadkan pelawat asing yang memasuki Papua berikutan faktor keselamatan.

"Buat sementara waktu kami menghadkan (akses ke Papua).

"Ini bukan bermakna kami tidak membenarkan sesiapa masuk.

Akan terdapat tapisan berdasarkan isu keselamatan," kata Wiranto.

Tidak dapat dipastikan sama ada sekatan akan turut menghalang wartawan asing ke wilayah Papua yang dilanda pergolakan itu.

Menurut Wiranto, langkah sekatan bertujuan mengelakkan pelawat asing menjadi mangsa rusuhan.

"Sukar untuk membezakan antara pelawat asing yang ke sana untuk membuat kacau dan sememangnya sekadar melawat," kata Wiranto lagi.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menolak dakwaan kerajaan berlengah dalam menyiasat dakwaan pihak berkuasa melanggar hak asasi manusia.

Wiranto turut mengulangi pendirian Jakarta tidak akan membincangkan kemerdekaan Papua.

Terdahulu, empat warga Australia yang memasuki Papua bulan lalu didakwa menyertai demonstrasi dan mengibarkan bendera 'Morning Flag' yang juga simbol bagi Papua.

Wilayah Papua menyaksikan protes ganas selama dua minggu yang dicetuskan akibat kemarahan berhubung isu perkauman dan tuntutan pemerintahan sendiri. - AFP