Komen perkauman, pemandu lori didakwa esok

Komen di Facebook yang berunsur perkauman dan penghinaan.
Komen di Facebook yang berunsur perkauman dan penghinaan.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pemandu lori yang dipercayai membuat kenyataan berunsur perkauman dan penghinaan di laman sosial Facebook akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson esok.

Lelaki berusia 37 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Suspek sebelum itu direman empat hari dari Sabtu lalu sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di Taman KSM, Jementah Johor Jumaat lalu.

"Penahanan suspek dibuat susulan laporan seorang pengadu lelaki berusia 34 tahun pada Khamis lalu berhubung komen dibuat suspek di laman sosial yang disifatkan pengadu boleh menggugat keharmonian negara berbilang kaum,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori direman empat hari gara-gara komen perkauman

Artikel Berkaitan: