Mayat ditemui setelah tiga hari terlibat kemalangan

Motosikal yang dinaiki mangsa ditemui di dalam semak.
Motosikal yang dinaiki mangsa ditemui di dalam semak.
A
A
A

HULU SELANGOR - Mayat seorang warga emas ditemui selepas tiga hari setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat sini.

Mangsa, Lim Eng Aun, 81, yang menunggang motosikal ketika kejadian pada 31 Ogos lalu dipercayai telah mengalami kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa kemudiannya dipercayai telah tercampak ke dalam semak berhampiran lokasi kejadian.

"Pihak polis kemudiannya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan lengkap bersama sebuah motosikal di dalam semak berhampiran.

"Hasil semakan nombor kad pengenalan mayat mendapati ia bersangkut dengan satu laporan orang hilang yang dilaporkan oleh anak saudara mangsa empat hari lalu," katanya.

Katanya mangsa dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal dijalankan mendapati mayat mangsa dalam keadaan hampir reput.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: