Projek pembangunan landasan terus jadi fokus utama kerajaan

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
A
A
A

SERENDAH - Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada projek pembangunan landasan dan mengoptimumkan penggunaan landasan kereta api, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negara serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau diberikan mandat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi komitmen berterusan ke atas projek infrastruktur yang melibatkan kos lebih rendah tanpa berkompromi ke atas kualiti projek tersebut.

"Kita hendak memperkasa sektor pengangkutan awam terutama industri landasan dan ini termasuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan kereta api berkembar elektrik di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2)," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran KVDT2 di sini hari ini.

Anthony berkata, jajaran KVDT adalah jajaran kereta api penting yang berperanan sebagai nadi utama menghubungkan trafik kereta api dari Utara ke Selatan.

"Ia juga memastikan pergerakan yang lancar bagi laluan kereta api kargo dari Pantai Barat dan Pantai Timur ke Pelabuhan Klang dan sebaliknya, serta satu-satunya jajaran kereta api ke Pelabuhan Klang.

"Namun, keadaan landasan di jajaran KVDT ini sudah terlalu usang sehingga ia tidak berdaya maju dari segi ekonomi untuk diselenggara dan perlu dinaik taraf dengan segera," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: