Wanita maut dirempuh kereta

Anggota bomba memadam kereta Perdoua Myvi yang terbakar. (Gambar kecil, keadaan motosikal yang ditunggang mangsa.)
Anggota bomba memadam kereta Perdoua Myvi yang terbakar. (Gambar kecil, keadaan motosikal yang ditunggang mangsa.)
A
A
A

IPOH - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran stesen minyak Shell di sini, lewat petang semalam.

Mangsa, Marian Hiew Seok Ching, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan selepas dia dirempuh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) berusia 20 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.55 petang ketika mangsa sedang menunggang motosikal dari arah Batu Gajah menghala ke Ipoh.

"Siasatan awal mendapati setibanya di lokasi kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Ipoh menghala ke Batu Gajah dipercayai hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh mangsa yang sedang menunggang motosikal.

"Akibat daripada pelanggaran itu mangsa tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia dilokasi kejadian, manakala pelajar terbabit mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan sebelum keretanya terbakar," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohamad Nordin, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: