Guru wanita di Saudi dibenar didik pelajar lelaki

Guru wanita lebih mudah didekati serta kurang menakutkan bagi budak tadika. - Foto Arab News
Guru wanita lebih mudah didekati serta kurang menakutkan bagi budak tadika. - Foto Arab News
A
A
A

JEDDAH - Buat pertama kalinya, pelajar lelaki di 1,460 sekolah kerajaan di seluruh Arab Saudi bakal menerima didikan daripada guru wanita.

Penolong pengarah pendidikan di Jeddah, Suaad Al-Mansour berkata, Projek Sekolah Awal Kanak-Kanak melibatkan tadika untuk budak lelaki dan perempuan berumur antara empat hingga lima tahun serta tiga gred utama untuk pelajar berumur enam hingga lapan tahun.

Katanya, zaman awal kanak-kanak adalah peringkat paling penting dalam membina keperibadian mereka dan guru wanita lebih mudah didekati serta kurang menakutkan bagi budak pada peringkat tersebut.

"Dengan projek ini, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meningkatkan kecekapan sistem pendidikan selain memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti di seluruh Saudi.

"Projek ini juga akan merapatkan jurang kanak-kanak selepas bertukar ke sekolah rendah. Kelas awal direka khas untuk memenuhi keperluan mereka dan guru wanita akan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermanfaat," jelasnya.

Katanya lagi, segala kemudahan bagi pelajar berlainan jantina untuk tiga gred utama akan diasingkan termasuk bilik darjah dan tandas.

Selain menambah baik kualiti pendidikan, hasrat lain kementerian adalah bagi meningkatkan kecekapan penggunaan ruang dan memanfaatkan sepenuhnya bangunan sekolah awam.

Menurut kementerian itu, guru wanita akan mengajar 13.5 peratus murid lelaki sekaligus menjimatkan ASD$33 juta (RM138.8juta) daripada belanjawan pendidikan. - Arab News

Artikel Berkaitan: