Antara dua darjat beg perwakilan?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini membuat perbandingan beg yang diagihkan kepada perwakilan dalam perhimpunan agung Umno dan Bersatu.

Beliau berkata, ketika akaun Umno masih lagi aktif, perwakilan hanya menerima beg biasa, apatah lagi selepas akaun parti itu dibekukan.

"Antara dua beg...Ketika akaun kami tidak dibeku, beg perwakilan kami yang biasa-biasa sahaja.

"Bila akaun dibeku kerana tuduhan politik berpilih, beg kami lagilah yang biasa. Itulah secebis kisah antara dua beg," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya hari ini.

Ahmad turut berkongsi gambar beg yang diagihkan kepada perwakilan Umno ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018, September lalu.

Selain itu, beliau turut berkongsi laporan sebuah portal berita bersama gambar perwakilan Bersatu yang melaram beg berjenama Herschel dalam Perhimpunan Agung Tahunan Kali ke-2 Bersatu 2018 yang berlangsung semalam hingga esok.

Beg berjenama dari Kanada itu menjadi perhatian dalam perhimpunan agung Bersatu dan ia dianggarkan berharga antara RM250 hingga RM300, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah asli ataupun tidak.

Difahamkan, seramai lapan orang dari setiap bahagian yang menghadiri perhimpunan itu menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!