Arahan MbS

CIA dakwa Mohammed bin Salman arah pembunuhan Khashoggi

Pendakwa raya Arab Saudi pada Khamis tidak menemui kaitan penglibatan MbS dalam pembunuhan Khashoggi.
Pendakwa raya Arab Saudi pada Khamis tidak menemui kaitan penglibatan MbS dalam pembunuhan Khashoggi.
A
A
A
Agensi Perisikan Pusat (CIA) menyimpulkan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman (MbS) adalah dalang pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, lapor akhbar Washington Post kelmarin yang memetik sumber dalaman siasatan.

Siasatan AS itu secara langsung bercanggah dengan kenyataan pendakwa raya Arab Saudi sehari sebelum itu yang tidak menjumpai kaitan penglibatan MBS dalam pembunuhan kejam tersebut.

Menurut siasatan CIA, 15 ejen Arab Saudi terbang menggunakan pesawat kerajaan ke Istanbul dan membunuh Khashoggi dalam Konsulat Arab Saudi, lapor akhbar tersebut.

CIA yang mengutip beberapa sumber perisikan, kata Washington Post, antaranya adalah panggilan telefon dengan abang putera tersebut - duta Saudi ke AS- dan Khashoggi.

Duta terbabit (Putera Khaled bin Salman) dilaporkan memberitahu wartawan itu yang beliau selamat pergi ke konsulat kerajaan di Istanbul dan mendapatkan dokumen dikehendaki.
Artikel Berkaitan:


Agensi perisikan AS itu juga memutuskan peranan MBS yang dianggap sebagai “ketua umum” di Arab Saudi: “(Dengan) Kedudukan yang dimilikinya tidak mungkin beliau tidak mengetahui atau menyedari apa yang berlaku,” lapor Post memetik sumber sebagai berkata.

Hasil siasatan CIA itu mengancam hubungan sedia tegang antara Washington dengan Riyadh yang merupakan sekutu utamanya dalam menamatkan isu pembunuhan Khashoggi.

Riyadh juga menolak desakan antarabangsa untuk mengadakan siasatan bersama. - AFP