X

Kindly register in order to view this article
!

Tragedi Sungai Lembing: 30 rumah, dua bangunan selamat

Ismail (tengah) pada sidang media di lokasi kebakaran di Sungai Lembing di sini.
A
A

KUANTAN - Kecekapan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya menyelamatkan 30 unit rumah dan dua bangunan berupa sebuah dewan dan sekolah daripada turut terbakar dalam kebakaran di Kampung Sungai Lembing pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya berdepan masalah ketika operasi akibat tekanan dan bekalan air rendah, namun berjaya diatasi dengan mengambil air daripada sumber terbuka.

"Kita tidak nafikan berlaku masalah bekalan air rendah tapi JBPM bertindak pantas dengan menggunakan jentera bekalan air dan mengambil air dari sumber terbuka seperti sungai serta kolam.

Katanya, fokus diberikan dalam mengenal pasti punca kebakaran dan mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri meninggal dunia dalam kebakaran itu.

"Pihak bomba sedang menjalankan siasatan. Kita juga menggunakan khidmat empat ekor anjing K9 untuk mengesan seorang lagi mangsa.

"Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian. Semua maklumat siasatan perlu dikumpulkan terlebih dahulu daripada pelbagai pihak," katanya pada sidang media di lokasi kebakaran Kampung Sungai Lembing, di sini hari ini.

Justeru, pihaknya meminta kerjasama orang ramai agar tidak memasuki kawasan kebakaran.

Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad telah membuat pendawaian semula dan bangunan berdekatan tempat kejadian iaitu dewan serta sekolah sudah boleh digunakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi semalam, 32 premis perniagaan dan sebuah perpustakaan awam di Kampung Sungai Lembing di sini hangus terbakar serta mengorbankan seorang mangsa, manakala seorang lagi masih hilang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rumah-rumah berhampiran merupakan binaan yang juga diperbuat daripada kayu dan jaraknya sangat rapat antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran 31 premis

Seorang mangsa kebakaran ditemukan rentung


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!