Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini.

Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi pemikiran, pemurnian semula falsafah kehidupan dan pelaksanaan pendekatan pengurusan ummah yang menggunakan acuan menyeluruh demi membawa matlamat kesejahteraan hidup, keharmonian dan keprihatinan terhadap semua makhluk.

Baginda menegaskan, pendekatan rahmah juga haruslah diterjemahkan bagi membela golongan kanak-kanak, orang tua, wanita, fakir miskin, anak yatim, mualaf, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik, malah haiwan serta alam sekitar.

"Pendekatan diperkenalkan berkenaan wajar diterima semua pihak tanpa mengira fahaman dan warna politik demi mencapai status negara maju terutamanya dalam menyerlahkan kesyumulan, Islam yang relevan serta sesuai sepanjang zaman.

"Bahkan, dunia Islam hari ini menaruh harapan tinggi agar Malaysia menjadi model negara Islam moden yang berprestasi tinggi serta mementingkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya," titah baginda sempena

Majlis Perhimpunan sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini.

Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff,Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Artikel Berkaitan:

Baginda turut berpesan supaya hasrat murni kerajaan dijiwai dalam menghayati misi rahmah dengan sentiasa bersikap terbuka, berlapang dada, berbaik sangka serta saling menghormati satu sama lain atas dasar persaudaraan tanpa mengira latar belakang bangsa, warna kulit mahupun fahaman politik berbeza.

"Sedarkan, kita tidak memiliki tempat lain selain tanah air dan tanah tumpah darah yang berdaulat ini. Di sinilah, tempat tinggal, nadi kehidupan dan punca rezeki kita sehari-hari," titah baginda.

Baginda turut mengingatkan supaya tiada sesiapa di kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memusnahkan segala agenda penyatuan dan perpaduan murni, rela membiarkan negara dalam keadaan terancam, retak dan hancur angkara perbuatan manusia-manusia tidak bertanggungjawab.