Warga Indonesia hilang dalam tragedi bot karam di Miri

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Seorang pekerja ladang sawit warga Indonesia hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Iran, Ladang Grensil pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri Law Poh Kiong berkata ketika kejadian, mangsa dan dua lagi warga Indonesia berada di atas bot membawa muatan buah sawit sebelum karam.

Beliau berkata dua mangsa bot karam itu bagaimanapun berjaya diselamatkan pemancing yang berada di tepi sungai manakala seorang lagi tidak dapat dikesan.

“Dua mangsa terselamat ialah Martinus Suliadi Didah, 30, serta Amdokus, 47, manakala mangsa yang masih belum ditemui dikenali sebagai Jati Margitimur, 39 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Law berkata operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan setelah pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.11 pagi.- Bernama

Artikel Berkaitan: