Mayat Siti Nuralya ditemui tersangkut di akar kayu

Mayat Siti Nuralya ditemui pada jam 1.40 petang tadi dalam jarak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, Sepang
Mayat Siti Nuralya ditemui pada jam 1.40 petang tadi dalam jarak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, Sepang
A
A
A

SEPANG - Mayat kanak-kanak perempuan yang lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, di sini semalam akhirnya ditemui sebentar tadi.

Mayat Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, ditemui pada jam 1.40 petang selepas mayat abangnya, Muhammad Hafiz, 14 ditemui pada jam 12.40 tengah malam tadi.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui tersangkut di akar kayu kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

"Dengan penemuan mayat kedua ini, operasi telah ditamatkan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi terlibat dalam usaha mencari mangsa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian hari ini.

No Image Caption

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka apatah lagi keadaan musim air pasang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik hilang dibawa arus deras

Artikel Berkaitan:

Mayat salah seorang mangsa lemas dijumpai

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, dua beradik tersebut dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di muara itu bersama empat yang lain.

Difahamkan, empat mangsa terselamat masing-masing dua lagi adik beradik serta sepupu mereka yang sempat menyelamatkan diri.

Dua adik mangsa yang selamat ialah Muhammad Al Hakim, 9, dan Muhammad Alif Haikal, 7; manakala dua sepupu mereka ialah Muhammad Ferdaus Rizwan Mohd Khairilnizam, 11, dan adiknya Muhammad Luqman, 7.