[DIKEMASKINI] Tulisan jawi dalam urusan agama Islam di Johor tahun depan

Dr Sahruddin berbual mesra bersama penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Johor 1441H di sini hari ini.
Dr Sahruddin berbual mesra bersama penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Johor 1441H di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menyokong langkah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melaksanakan penggunaan tulisan jawi dalam urusan rasmi dan surat menyurat mulai 1 Januari 2020.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, langkah menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi di JAINJ dan anak syarikat di bawahnya itu bertujuan memperkasakan tulisan tersebut.

"Saya sangat menyokong semua yang di bawah JAINJ mestilah menggunakan tulisan jawi. Tujuan dia untuk memperkasakan tulisan jawi.

"Paling mudah, kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca jawi, tahu tulisan jawi.

"Jadi daripada tulisan jawi itu, kita akan lebih mahir untuk mengaji," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Johor bagi tahun 1441H, di sini hari ini.

Sahruddin turut berharap semua masyarakat terutama umat Islam dapat menghayati, memahami dan belajar tulisan jawi.

Terdahulu, pelaksanaan penggunaan tulisan jawi ke atas sebuah jabatan dan anak syarikat di bawah JAINJ mulai 1 Januari 2020 itu dizahirkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi dalam ucapannya di majlis tersebut.

Artikel Berkaitan: