Mayat salah seorang mangsa lemas dijumpai

Gerakan mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, Sepang petang semalam masih dijalankan.
Gerakan mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, Sepang petang semalam masih dijalankan.
A
A
A

SEPANG - Mayat salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, di sini, ditemui tengah malam tadi.

Mayat Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14 ditemui kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, anggaran jatak mangsa ditemui adalah 150 meter dari pantai tempat mangsa mandi.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

No Image Caption

"Operasi mencari seorang lagi mangsa iaitu Siti Nuralya Mohd Zainal, 11 masih giat dijalankan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, dua beradik tersebut dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di muara itu bersama empat yang lain.

Difahamkan, empat mangsa terselamat masing-masing dua lagi adik beradik serta sepupu mereka yang sempat menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

Dua adik mangsa yang selamat ialah Muhammad Al Hakim, 9, dan Muhammad Alif Haikal, 7; manakala dua sepupu mereka ialah Muhammad Ferdaus Rizwan Mohd Khairilnizam, 11, dan adiknya Muhammad Luqman, 7.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik hilang dibawa arus deras