Insafi nikmat kemerdekaan negara

Tengku Muhammad Ismail (kanan) dan Tengku Muhammad Mua'az memberikan tabik hormat sewaktu Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Terengganu hari ini. - Foto UPDI
Tengku Muhammad Ismail (kanan) dan Tengku Muhammad Mua'az memberikan tabik hormat sewaktu Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Terengganu hari ini. - Foto UPDI
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seluruh rakyat perlu menginsafi tanggungjawab untuk terus memelihara keamanan dan nikmat kemerdekaan dikecapi dengan sebaiknya.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tanpa kemerdekaan, kebebasan memerintah, mengurus serta mentadbir mengikut acuan sendiri takkan mungkin dapat direalisasi.

“Dalam konteks Terengganu, seharusnya sebagai sebuah negeri yang menjadikan Islam sebagai teras dalam pemerintahannya, adalah wajar untuk kita terus menghayati kemerdekaan ini dalam konteks Islam sebagai addin.

“Oleh sebab itulah, Islam seharusnya difahami dalam kerangka lebih luas yang menjadi panduan dalam menyusun dan mengatur kehidupan insan sama ada sebagai individu mahu pun dalam konteks pengurusan masyarakat dan bernegara,” katanya.

Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan) menyampaikan piala pusingan kepada wakil MBKT yang muncul sebagai johan keseluruhan pertandingan perbarisan. - Foto UPDI
Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan) menyampaikan piala pusingan kepada wakil MBKT yang muncul sebagai johan keseluruhan pertandingan perbarisan. - Foto UPDI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini hari ini.

Sambutan Hari Kebangsaan itu kemudiannya diteruskan dengan perarakan dan perbarisan 123 pasukan melibatkan 4,165 peserta daripada jabatan, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, sekolah, kumpulan pancaragam dan badan bukan kerajaan di Taman Awam Batu Burok.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan perbarisan. - Foto UPDI
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan perbarisan. - Foto UPDI

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan perbarisan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala pusingan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu pula muncul ketua perbarisan terbaik dan membawa pulang wang tunai RM500, piala dan sijil.

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut berangkat, adinda baginda iaitu Tengku Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra’.