Warga Malaysia di Jakarta turut semarakkan sambutan Hari Kebangsaan

No Image Caption
A
A
A

JAKARTA - Warga Malaysia di Jakarta turut menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 hari ini di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Sambutan bermula dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu ‘Negaraku’ oleh murid- murid Sekolah Bimbingan Malaysia (SBM), Jakarta di bawah bimbingan Guru Besar Salina Salim.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata, program sambutan Hari Kebangsaan itu adalah bagi menyemarakkan rasa kecintaan rakyat Malaysia di perantauan kepada bangsa, Raja dan negara.

Bersempena sambutan itu, SBM turut mengadakan program mewarna bendera Malaysia dan pertandingan mengarang "Saya Berbangga Menjadi Anak Malaysia.”- Bernama

Artikel Berkaitan: