Pas-UMNO meterai piagam 14 September

Takiyuddin (kiri) bersama Annuar ketika sidang media selepas himpunan yang diadakan Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini, malam tadi.
Takiyuddin (kiri) bersama Annuar ketika sidang media selepas himpunan yang diadakan Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini, malam tadi.
A
A
A

PASIR SALAK - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu diibaratkan sebagai penjajahan baharu ke atas orang Melayu dan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kesan daripada kemenangan PH itu menyebabkan nasib orang Melayu dan Islam terancam.

Katanya, disebabkan keadaan itulah Pas dan UMNO sepakat membentuk percantuman besar dengan menandatangani piagam pada 14 September nanti.

"Kalau 31 Ogos tahun 1957 pimpinan kita pada masa itu telah menandatangani perjanjian kemerdekaan negara kita, bagi saya, 14 September 2019 adalah pementeraian piagam muafakat nasional untuk kemerdekaan pada kali kedua selepas kita dijajah kembali oleh satu kerajaan pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Takiyuddin menyampaikan ucapan pada himpunan yang diadakan Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini, malam tadi.
Takiyuddin menyampaikan ucapan pada himpunan yang diadakan Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini, malam tadi.

"Itulah sebenarnya hakikat. Kita dijajah semula. Kalau tidak, tidak begini nasib yang dialami orang Melayu, umat Islam yang menjadi rakyat majoriti di dalam tanah Melayu," katanya ketika berucap pada Himpunan Melayu Bangkit Penyatuan Ummah 2,0 sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 di Dataran Dewan Besar, Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini malam tadi.

Hadir sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan; Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman selaku penganjur program serta beberapa pimpinan tertinggi UMNO dan Pas.

Takiyuddin berkata, menjelang pemeteraian piagam itu nanti, orang ramai diajak beramai-ramai ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula pada 13 hingga 14 September nanti untuk memberikan sokongan terhadap penyatuan dua parti Melayu terbesar itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, semua yang hadir akan memakai pakaian berwarna putih dan membanjiri PWTC dan kawasan sekitarnya.