Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF30 Ogos 2019 05:20pmMasa membaca: 4 minit
A
A
A
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
TAHUKAH anda, selain kulit wajah, jerawat juga berlaku pada kulit bahagian belakang badan.
Justeru, apakah punca timbulnya masalah jerawat?
Doktor dan pakar akupuntur, Sungadi Santoso berkongsi, tiga faktor utama menyebabkan masalah jerawat. Antaranya ialah:
1- Lemak dalam kelenjar
Pada kulit manusia terdapat kelenjar sebum atau kelenjar minyak. Lazimnya kita menyifatkan kelenjar itu adalah peluh yang terhasil akibat terdedah bawah cahaya matahari.
Bagaimanapun, tanpa disedari menerusi kelenjar peluh tersebut tubuh akan mengeluarkan cairan yang terdapat kandungan lemak lalu menimbulkan jerawat.
2- Keratin folikel
Kulit kita terdiri daripada beberapa lapisan yang mana lapisan paling atas dikenali keratin.
Ketika lapisan paling bawah tumbuh ke atas maka lapisan kulit paling atas pula akan melepaskan sel kulit mati.