Pencapaian CyberSecurity Malaysia banggakan negara

Dr Wan Azizah (tengah) bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia di Menara Cyber Axis hari ini. - Foto Bernama
Dr Wan Azizah (tengah) bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke CyberSecurity Malaysia di Menara Cyber Axis hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Kepakaran CyberSecurity Malaysia yang sudah mencapai tahap dunia dan menerima banyak pengiktirafan adalah pencapaian membanggakan negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-62 esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pusat pakar teknikal keselamatan siber di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini, hari ini Dr Wan Azizah diberi taklimat mengenai maklumat terkini mengenai keselamatan siber di Malaysia.

"Saya beritahu Datuk Ketua Setiausaha KKMM (Datuk Suriani Ahmad) macam dalam Star Wars," katanya berkongsi pengalaman melawat makmal forensik digital CyberSecurity yang berperanan dalam pembangunan dan penyelidikan sains forensik digital di Malaysia kepada pemberita selepas lawatan itu.

Dr Wan Azizah berkata, beliau turut bertanyakan mengenai kejadian gangguan sistem yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika lawatan kira-kira sejam itu.

"Mereka (CyberSecurity) sedang menyiasat tetapi mereka perlukan undang-undang untuk teruskannya,” katanya.

Gangguan sistem di KLIA berlaku sejak 21 Ogos lalu menjejaskan fungsi utama di lapangan terbang seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

CyberSecurity dalam kenyataan yang diedarkan menyatakan bahawa Dr Wan Azizah turut meninjau pusat operasi dan pelaporan insiden siber - Cyber999 yang dikendalikan

pasukan tindak balas kecemasan komputer Malaysia atau MyCERT.

Artikel Berkaitan:

Ia menyediakan perkhidmatan bagi menangani insiden keselamatan siber di Malaysia seperti penipuan siber, gangguan perkhidmatan, pencerobohan sistem, kecurian identiti, jangkitan malware, gangguan siber dalam media sosial, spam, laporan kelemahan sistem serta lain-lain insiden berkaitan keselamatan siber. - Bernama