Pemimpin kumpulan sokong kemerdekaan Hong Kong ditahan

No Image Caption
A
A
A

HONG KONG - Dua pemimpin kumpulan politik yang menyokong 'kemerdekaan Hong Kong', Joshua Wong dan Chan Ho-tin ditahan polis, lapor agensi berita Xinhua.

Joshua ditahan kira-kira jam 7.30 pagi hari ini di stesen MTR Horizons Selatan dan berdepan tiga tuduhan, menurut akaun media sosial kumpulan Demosisto.

Sementara itu, Ho-tin dalam akaun media sosialnya menulis, beliau ditahan pada Khamis malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Beliau ialah pemimpin Parti Kebangsaan Hong Kong, sebuah kumpulan politik yang diharamkan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR).

Polis Hong Kong mengesahkan perkara itu.

Menurut polis, Ho-tin,29, ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan dan serangan terhadap pegawai polis semasa demonstrasi di Sheung Shui pada 13 Julai. - Bernama

Artikel Berkaitan: