X

Kindly register in order to view this article
!

Honduras cetus kemarahan Palestin

Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmaqdis pada 14 Mei 2018.
A
A

BAITULMAQDIS - Palestin akan mengemukakan aduan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membantah tindakan Honduras mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Negara Amerika Tengah itu turut mengumumkan akan membuka pejabat diplomatik di Baitulmaqdis dalam minggu ini, keputusan yang turut membangkitkan kemarahan Palestin.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyelar keputusan Presiden Juan Orlando Hernandez dan menganggap ia sebagai tindakan agresif terhadap penduduk Palestin selain mencabuli undang-undang antarabangsa.

Tambah kementerian itu, ia juga akan meminta anggota Liga Arab supaya mengutuk langkah Honduras dan meningkatkan tekanan agar negara terbabit dikenakan hukuman punitif kerana membelakangi resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang jelas membantah pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi.

Difahamkan, Palestin akan menghubungi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk tujuan sama, selain mendesak tindakan boikot perdagangan dikenakan ke atas negara terbabit.

Pada Mac lalu, Hernandez berkata, Honduras akan membuka pejabat perdagangan di Baitulmaqdis selain memanggil kota suci bagi umat Islam itu sebagai ibu negara Israel. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!