Bukan bas mini 'pink'...

Bas mini yang akan digunakan untuk tempoh percubaan bagi laluan T300 hab Bukit Indah ke Ampang Point bermula 1 September ini.
Bas mini yang akan digunakan untuk tempoh percubaan bagi laluan T300 hab Bukit Indah ke Ampang Point bermula 1 September ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid KL menafikan tanggapan pihak tertentu mengenai usaha pihaknya menggunakan bas mini di laluan T300 hab Bukit Indah sebagai langkah terkebelakang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn, Muhammad Yazurin Sallij berkata, penggunaan bas mini yang bakal beroperasi 1 September ini bukannya bas mini merah jambu yang popular sekitar era 90-an.

“Walaupun kami menggunakan konsep bas mini, namun ia dilengkapi dengan kemudahan terkini, pendingin hawa dan mesra pengguna.

“Tujuan utama bas mini itu beroperasi juga sebagai satu kajian dan percubaan agar bersesuaian dengan lokaliti dan kapasiti penumpang," katanya pada sesi taklimat media mengenai percubaan perkhidmatan bas mini Rapid KL di Depoh Bas Rapid KL hari ini.

Beliau menjelaskan, penggunaan bas mini dilihat lebih sesuai di beberapa kawasan yang kurang penumpang dan jalan sempit.

“Bas berkapasiti 67 penumpang yang digunakan sekarang kurang sambutan, jadi kita cuba guna bas pendek kapasiti 27 penumpang dengan menambah kekerapan perjalanan antara 15 hingga 25 minit.

Muhammad Yazurin (tengah) menunjukkan bas mini yang akan digunakan untuk tempoh percubaan selama tiga bulan.
Muhammad Yazurin (tengah) menunjukkan bas mini yang akan digunakan untuk tempoh percubaan selama tiga bulan.

"Rapid KL belum menetapkan lokasi tetap bagi laluan bas mini ini, sebaliknya percubaan ini adalah langkah eksperimen bagi semula laluan. Data ini akan dikumpulkan bagi langkah seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya juga memerlukan maklum balas awam khususnya penumpang dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau menghantar e-mel kepada suggest@rapidkl.com.my.

"Bas kecil ini lebih memberikan kelebihan dan menjimatkan kos pengoperasian serta membolehkan perkhidmatan itu diperluaskan.

"Jika permintaan menggalakkan, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan bagi laluan ini dan berkemungkinan memperluaskannya ke laluan lain pula," katanya.

Tambahnya, kadar tambang yang dikenakan juga adalah mengikut kadar harga sedia ada.

Semalam, Rapid KL mengumumkan akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 September hingga 29 November.

Ia bagi membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.

Bagaimanapun, pengumuman itu menerima pelbagai reaksi awam yang beranggapan perkhidmatan bas mini itu menggamit nostalgia dan tidak kurang menganggapnya sebagai langkah terkebelakang kerana menyangka bas mini yang dimaksudkan merupakan bas yang pernah menjadi pengangkutan awam popular suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bas mini kembali ke ibu kota selepas 21 tahun