ETCM lanjut kempen panggil balik ganti beg udara terjejas

SEGALA kos buruh dan alat ganti untuk kempen servis kenderaan terlibat adalah percuma.
SEGALA kos buruh dan alat ganti untuk kempen servis kenderaan terlibat adalah percuma.
A
A
A

EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengumumkan pelanjutan tambahan kempen panggil balik bagi pelanggan untuk menggantikan modul inflator beg udara pemandu dan penumpang bahagian depan.

Hasil siasatan, kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di Malaysia telah dikenal pasti terjejas. Namun, setakat ini masih tiada laporan kemalangan atau kecederaan melibatkan tiga model kereta Nissan tersebut.

Nissan NP300 Navara yang dilancarkan di Malaysia pada November 2015 dan model jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kempen itu.

Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dari TCEAS. Pelanggan digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk membuat temu janji.

Demi kemudahan pelanggan, TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi. Kini dibuka setiap hari, pelanggan boleh menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum serta meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik tersebut.

Setakat Jun 2019, sejumlah 99,670 kenderaan atau 56 peratus inflator beg udara Takata telah siap diganti oleh TCEAS. Bagaimanapun, masih ada sebahagian besar unit kenderaan yang masih belum tampil untuk membuat penggantian.

Unit-unit yang terjejas:-

Artikel Berkaitan:

ETCM
ETCM